Tinggal nota Seluar dalam
Tweet
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
IPOH: Tindakan seorang lelaki yang memecah masuk beberapa rumah penduduk sebelum meninggalkan nota misteri dan seluar dalam yang sudah dipakainya, menggemparkan penduduk sekitar Gunung Rapat dan Taman Silibin, di sini.
* MISTERI...seluar dalam suspek sengaja ditinggalkan di belakang rumah mangsa di Gunung Rapat.
Lelaki itu didakwa sengaja menakutkan-nakutkan penduduk kerana kandungan nota yang diletakkan memaklumkan dia akan datang semula ke rumah mangsa pada lewat malam.
* BUKTI...nota tulisan tangan ditinggalkan di rumah mangsa.
Setakat ini, tiga gangguan dikesan dilakukan suspek di sekitar kawasan berkenaan termasuk kejadian terbaru, membabitkan rumah seorang pensyarah wanita di Gunung Rapat, semalam.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nonie, 37, berkata dia hanya menyedari rumahnya diceroboh suspek ketika bangun daripada tidur untuk menyiapkan persekolahan anaknya pada jam 6 pagi.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nonie, 37, berkata dia hanya menyedari rumahnya diceroboh suspek ketika bangun daripada tidur untuk menyiapkan persekolahan anaknya pada jam 6 pagi.
Menurutnya, pembantu rumah yang menyediakan sarapan di dapur memberitahu dia mendapati ada kertas diselitkan di bawah pintu belakang rumah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
1 Merujuk kepada perkara diatas :
menakutkan~
Catat Ulasan