GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 17 Mac 2012

Ayah aniaya anak


BUKTI...Aida menunjukkan surat saman dan laporan polis. 

PUTRAJAYA: Niat murni seorang anak membantu ayahnya memohon pinjaman bank sebagai modal untuk membuka perniagaan, memakan diri apabila dia kini menanggung beban hutang berjumlah kira-kira RM80,000.

Lebih menyedihkan, rumah neneknya di Kuala Kubu Bharu, Selangor yang dipajak kepada bank bagi membantu kelulusan pinjaman itu akan dilelong, selepas lelaki terbabit gagal membayar pinjaman yang tertunggak selama enam bulan.

Ibu mangsa dikenali sebagai Aida, berkata, akibat tindakan tidak bertanggungjawab suaminya, nama anak gadisnya dikenali sebagai Nadia serta seorang lagi rakan yang menjadi penjamin disenarai hitamkan.

“Ketika memujuk anak membuat pinjaman berkenaan, suami berjanji akan membayar ansuran bulanan sebanyak RM500, selain berjanji mengeluarkan duit dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengurangkan jumlah pinjaman.

“Malangnya, suami tidak membuat bayaran secara konsisten menyebabkan bayaran tertunggak sehingga kami menerima surat merah dari pihak bank memaklumkan tunggakan RM7,566.

“Malah, kami turut menerima saman dari pihak bank, dan Nadia diminta hadir ke mahkamah pada 29 Mac ini untuk sebutan kes,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Aida yang sudah 15 bulan tidak tinggal bersama suaminya berkata, anak sulungnya itu sudah beberapa kali meminta ayahnya melunaskan tunggakan bagi mengelakkan namanya disenarai hitam dan rumah pusaka dilelong.

Bagaimanapun, katanya, pujukan itu tidak diendahkan lelaki terbabit, malah segala bebanan diletakkan ke atas Nadia, walaupun dia langsung tidak menggunakan duit pinjaman itu.


“Nadia kini tertekan kerana sekiranya dia gagal melunaskan tunggakan itu namanya akan disenarai hitamkan, dan mungkin akan menjejaskan kerjayanya sebagai pramugari.

“Namun paling menyedihkan, rumah pusaka emak saya yang sudah berusia 40 tahun mungkin akan dilelong,” katanya.

Aida berkata, Nadia sudah membuat laporan polis terhadap bapanya.

* Sumber myMetro



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP