GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 9 Mac 2012

Fitnah Rogol Anak Tiri, Wan (Shades) Lapor SKMM


Wan (Shades) dalam satu sidang media bagi menjelaskan perasaan tidak puas hatinya terhadap sebuah blog hiburan yang dikatakan memfitnahnya baru-baru ini.
PETALING JAYA: Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik sebuah blog hiburan yang didakwa telah memfitnahnya menjadi suspek kes rogol anak tiri.
Wan,39, yang dihubungi mStar Online di sini, Jumaat berkata aduan itu dibuat pada Khamis di ibu pejabat SKMM di Putrajaya kerana pemilik blog berkenaan gagal memohon maaf.
Wan telah memberi masa selama tujuh hari untuk mereka berbuat demikian.
"Aduan kepada SKMM itu dibuat berikutan fitnah ke atas saya yang telah dibuat oleh blog hiburan berkenaan dan ia adalah susulan kepada laporan polis dan sidang akhbar yang diadakan sebelum ini.
"Saya telah memohon mereka untuk bersemuka dengan saya dan membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi selepas tujuh hari masih belum ada sebarang tindakan dibuat.
"Aduan itu untuk mengenal pasti siapakah “blogger” berkenaan dan lokasi mereka menjalankan operasi supaya mudah untuk pihak berkuasa mengesan bagi tindakan selanjutnya," ujarnya yang masih bujang.
Wan yang popular dengan lagu “Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal” ketika bersama Sahdes mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak beretika dengan tajuk Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun pada 20 Februari lalu.
Tajuk berkenaan menurut Wan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang selebriti dan kedudukannya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia, dekat sini.
Dalam pada itu, Wan berkata, dia akan tetap meneruskan saman terhadap blog hiburan tersebut bagi membersihkan namanya selain memberi pengajaran kepada penulis-penulis blog yang tidak mengamalkan etika dalam menghasilkan sesebuah laporan.
Tambahnya, dia sedang menunggu siasatan daripada pihak SKMM dan dijangka akan mendapat maklum balas dalam masa terdekat sebelum meneruskan proses menyaman pihak tersebut.
"Gosip dalam dunia hiburan adalah perkara biasa tetapi fitnah dan tuduhan tidak berasas adalah satu masalah yang tidak patut dilakukan.
"Apabila timbul cerita sebegini ia memberikan impak bukan sahaja kepada kerjaya tetapi juga maruah dan orang di sekeliling saya," katanya.
Sementara itu, Wan memberitahu dia terkilan apabila pihak blog hiburan tersebut enggan berjumpa dengannya bagi menjelaskan mengenai situasi tersebut.
"Langsung tiada usaha untuk berjumpa atau menelefon saya untuk memperjelaskan mengenai isu itu apatah lagi untuk meminta maaf. Ia suatu tindakan yang tidak bermaruah," jelasnya.
mStar Online difahamkan, selain Wan, terdapat seorang lagi selebriti wanita yang dikaitkan dengan penyebaran gambar separuh bogelnya turut membuat laporan serupa.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP