GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 10 Mac 2012

Kejar penyamun berpisau Rambo


TAKUT...seorang pekerja farmasi terbabit menangis ketakutan akibat disamun ketika polis menjalankan siasatan, semalam. 

KUALA LUMPUR: Meskipun sudah kehilangan telefon bimbit dan barang kemas, seorang lelaki berusia 40-an bertindak nekad mengejar seorang lelaki berjaket hitam yang menyamunnya dan beberapa pelanggan lain bersenjatakan pisau Rambo di sebuah farmasi di Lucky Garden, Bangsar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Chen, 49, baru masuk ke kedai berkenaan bersama isterinya.

Katanya, saya dan isteri terpaksa menyerahkan semua barangan bernilai RM2,000 sebelum diarah masuk ke dalam stor.

“Ketika itu ada lima pelanggan dan tiga pekerja farmasi sudah dikurung dalam stor itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa yang geram kerana kehilangan banyak barangan termasuk barang kemas dan telefon bimbit ditambah hanya dia lelaki di dalam stor berkenaan, Chen mengejar lelaki itu yang kemudian menaiki motosikal ditunggang rakan yang menunggu di luar kedai.

Katanya, dia mengejar hingga ke jalan utama, bagaimanapun dua lelaki itu berjaya melarikan diri.
Sementara itu, juruwang farmasi berkenaan, Suhana Suria, 19, berkata suspek masuk ke kedai berkenaan dengan memakai topi keledar bertutup dan jaket hitam.

Katanya, sebaik masuk, dia meletakkan pisau Rambo di kaunter pembayaran sebelum mengarahkannya mengeluarkan semua wang.

“Lelaki itu tahu selok-belok dalam kedai ini, malah mengetahui kedudukan peti simpanan wang di belakang kedai.

“Berdasarkan percakapannya, saya yakin dia rakyat tempatan dan kami kehilangan barang kemas dan wang tunai lebih RM15,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan sebuah pasukan peronda bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang ramai.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan berhubung kejadian berkenaan.

* Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP