GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 24 April 2012

100,000 wanita Britain berkhatan



Pengamal perubatan alternatif, doktor gigi sedia beri perkhidmatan secara rahsia

LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 wanita di Britain dilaporkan berkhatan dengan pengamal perubatan di Britain yang menawarkan untuk menjalankan prosedur terbabit secara haram terhadap golongan budak perempuan seawal usia 10 tahun.


Sekumpulan wartawan dari Sunday Times berkata bahawa mereka merakamkan secara rahsia seorang doktor, doktor gigi dan pengamal perubatan alternatif yang didakwa bersedia untuk menjalankan khidmat khatan berkenaan atau mengatur supaya pembedahan dijalankan. Doktor dan doktor gigi terbabit menafikan mereka melakukan sebarang kesalahan.

Amalan berkenaan yang membabitkan pembedahan membuang alat kelamin dalaman dan dalam beberapa kes menjahit bukaan faraj adalah haram di Britain dan boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun. Ia juga bertentangan dengan undang-undang untuk melakukan pemotongan genitalia wanita (FMG).
Amalan yang dikenali sebagai ‘memotong’ secara tradisi dijalankan atas alasan budaya di Afrika dan dengan meningkatnya jumlah imigran dari negara seperti Sudan, Somalia dan Habsyah ia menjadi semakin biasa di Britain.

Ia dipercayai bertujuan untuk membuktikan ‘kesucian’ seorang gadis apabila mereka berkahwin. Pesakit biasanya jarang diberikan ubat bius dan akan mengalami kesakitan.

Kajian mendapati bahawa setiap tahun lebih 22,000 gadis di Britain dan lebih 6,000 di London berisiko terhadap prosedur yang mungkin boleh membawa maut itu.

Polis Metropolitan berkata bahawa sejak 2008, mereka menerima sebanyak 166 laporan membabitkan mereka yang bimbang berisiko terhadap FGM. Di 43 wilayah di England dan Wales, tiada yang pernah disabitkan dengan kesalahan itu, lapor Sunday Times. 

Akhbar itu menambah hanya dua doktor yang digantung lesen mereka oleh Majlis Perubatan Umum sejak 1980.

Sebuah pertubuhan kebajikan yang berkempen menentang FGM, Forward menganggarkan bahawa sebanyak 100,000 wanita di United Kingdom melakukan khatan.

Model Waris Dirie, yang mendakwa pernah melakukan khatan ketika kanak-kanak adalah antara mereka yang bersuara lantang menentang amalan itu.

Beliau yang menggesa tindakan tegas terhadap FGM berkata: “Jika seorang gadis kulit putih didera, polis akan datang memecah pintu. Jika seorang gadis kulit hitam dikhatan, tiada siapa yang mengambil berat terhadapnya. Ini yang saya sifatkan sebagai perkauman.” – Agensi


* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP