Guna sotong kurita bunuh kekasih
Tweet
Selepas satu siasatan yang memakan masa beberapa bulan, suspek yang hanya dikenali sebagai Kim ditahan atas tuduhan membunuh, Jumaat lalu selepas siasatan dijalankan beberapa bulan, kata pendakwa Lee Geon-Tae di Incheon, barat Seoul. “Kim akan didakwa dalam masa 10 hari lagi.
“Beliau masih lagi menafikan tuduhan, kami percaya mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwanya,” kata pendakwa terbabit tanpa mengulas lanjut.
Suspek yang kini berusia 31 tahun, mendaftar masuk ke sebuah motel di Incheon bersama teman wanitanya itu dalam kejadian April 2010 selepas membeli dua ekor sotong kurita hidup dari sebuah restoran.
Lelaki itu kemudiannya dilaporkan menghubungi pihak motel memberitahu teman wanitanya pengsan dan berhenti bernafas selepas memakan seekor daripada sotong terbabit. – AFP
* Sumber
SEOUL: Seorang lelaki Korea Selatan ditahan selepas didakwa membunuh teman wanitanya yang dipercayai tercekik ketika memakan seekor sotong kurita yang masih hidup.
Selepas satu siasatan yang memakan masa beberapa bulan, suspek yang hanya dikenali sebagai Kim ditahan atas tuduhan membunuh, Jumaat lalu selepas siasatan dijalankan beberapa bulan, kata pendakwa Lee Geon-Tae di Incheon, barat Seoul. “Kim akan didakwa dalam masa 10 hari lagi.
“Beliau masih lagi menafikan tuduhan, kami percaya mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwanya,” kata pendakwa terbabit tanpa mengulas lanjut.
Suspek yang kini berusia 31 tahun, mendaftar masuk ke sebuah motel di Incheon bersama teman wanitanya itu dalam kejadian April 2010 selepas membeli dua ekor sotong kurita hidup dari sebuah restoran.
Lelaki itu kemudiannya dilaporkan menghubungi pihak motel memberitahu teman wanitanya pengsan dan berhenti bernafas selepas memakan seekor daripada sotong terbabit. – AFP
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan