GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 4 April 2012

Kenderaan Tiada Tali Pinggang Keselamatan Ketiga Mula Disaman Tahun Ini


*Gambar score kat google
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mula menyaman para pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan memasang tali pinggang keselamatan ketiga pada kenderaan mereka, sejak awal tahun ini.
Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jaafar Mohamed yang mengingatkan orang ramai mengenai penguatkuasaan peraturan itu berkata pihaknya amat mengharapkan kerjasama orang ramai menjadikan amalan menitikberatkan soal keselamatan sebagai satu budaya, dan bukan hanya melihatnya daripada segi penguatkuasaan semata-mata.
"Penguatkuasaan perlu dilihat ada unsur-unsur pendidikan, untuk didik orang ramai supaya semua memainkan peranan mematuhi undang-undang, demi keselamatan, bukan soal tindakan tegas semata-mata," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan Biro Perkhidmatan dan Pengaduan Awam parti Gerakan serta wakil Persatuan Pemilik dan Pemandu Teksi Selangor dan Wilayah Persekutuan di pejabat JPJ di sini.
Sebelum ini, para pemilik kenderaan berdaftar mulai Januari 1995 diwajibkan memasang tali pinggang keselamatan itu di tempat duduk belakang dan mereka diberi masa tiga tahun untuk memasangnya. Tempoh itu tamat hujung tahun lepas.
Bagi kenderaan yang sudah memasang tali pinggang keselamatan itu, pemakaiannya sudah diwajibkan sejak 2009, dan mereka yang tidak mematuhinya boleh dikenakan kompaun maksimum RM300.
Jaafar berkata dalam pertemuan, Rabu, beliau menjelaskan kepada persatuan itu bahawa antara yang dikecualikan daripada peraturan berkenaan adalah kenderaan yang mempunyai lebih daripada lapan tempat duduk (termasuk tempat duduk pemandu) dan kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM)melebihi 3,500 kilogram.
Beliau mengingatkan bahawa penumpang teksi juga boleh disaman sekiranya tidak memakai tali pinggang keselamatan itu. 
BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP