GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 18 April 2012

‘Rahib’ berbogel depan Berlusconi


SAKSI perbicaraan bekas Perdana Menteri Itali, Imane Fadil, tiba di mahkamah di Milan, semalam. Gambar kecil, Berlusconi dakwa partinya untuk bermesra.

ROME: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, didakwa menyaksikan bagaimana sekumpulan wanita berpakaian seperti rahib membuka satu demi satu pakaian mereka sambil menari di tiang.

Mahkamah diberitahu, Berlusconi juga seronok melihat wanita mengenakan jersi pasukan bola sepaknya, AC Milan, membuka pakaian sehingga hanya tinggal seluar dalam kecil.

Saksi, Imane Fadil, berkata dia terkejut melihat telatah tetamu di parti “bunga-bunga” anjuran Berlusconi di tingkat bawah vila bilionair itu pada Februari 2010.
Vila itu terletak di Arcore di daerah Lombardy.

Imane, 27, berkata dia hadir ke parti itu kerana ditawarkan menjadi penyampai di satu daripada saluran televisyen milik Berlusconi.

“Saya nampak Nicole Minetti dan Barbara Fagioli (tetamu Berlusconi) mengenakan jubah hitam, penutup kepala putih dan membawa salib.
“Mereka kemudian menanggalkan pakaian sehingga hanya tinggal seluar dalam,” katanya.

Model itu memberi keterangan dalam perbicaraan salah laku Berlusconi, 75, dalam majlis yang digambarkannya sebagai “makan malam untuk beramah mesra dengan hidangan wain, makanan serta nyanyian.” Berpuluh-puluh wanita muda dijadual turut memberi keterangan, selain selebriti terkemuka - termasuk George Clooney dan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo - dalam perbicaraan berkenaan.

Difahamkan, wanita penghibur yang datang ke parti itu dilatih ahli majlis kerajaan tempatan, Nicole Minetti, 26, yang juga ahli parti Berlusconi. Kata Imane, pada waktu lain, beberapa wanita muda berpakaian seperti pemain AC Milan dan menari sambil menanggalkan pakaian. 

“Penari itu turut membenarkan Berlusconi menyentuh mereka,” katanya. Menurut Imane, setiap kali pergi ke parti “bunga-bunga” Berlusconi, pasti ada tetamu yang menanggalkan pakaian mereka. Katanya, dia pernah diberi sampul berisi wang tetapi tidak pernah bermalam di vila berkenaan walaupun ada wanita lain sangat bersedia tidur di situ. - DM

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP