GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 2 April 2012

Safee Sali Cerai Isteri Talak Satu


Pemain bolasepak negera Safee Sali (kanan) meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor, sejurus selepas prosiding. Penyerang bola sepak itu sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof. -fotoBERNAMA 
SHAH ALAM: Penyerang bola sepak negara, Safee Sali, pada Isnin sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Safee, yang bermain untuk Kelab Pelita Jaya di Indonesia, melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Fouzi Mokhtar semasa satu prosiding tertutup.
Ezura Nashuha Abdul Hadi, peguam yang mewakili Sabarina, memberitahu pemberita bahawa selain daripada lafaz talak, prosiding hari ini juga menyentuh mengenai nafkah dan hak penjagaan serta melawat anak-anak.
"Semua perkara adalah persetujuan bersama kedua-dua pihak, tidak ada pertikaian dan diselesaikan secara baik dan muafakat," katanya.
Beliau berkata hak penjagaan kedua-dua anak perempuan hasil perkahwinan pasangan itu pada 2007, Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Sorfina, setahun diserahkan kepada Sabarina.
Sabarina pula berkata pada Isnin segalanya telah selesai dan berharap tidak ada lagi sebarang spekulasi mengenai kisah rumah tangganya semasa bersama Safee.
Mengenai hubungannya dengan Safee selepas ini, beliau berkata:
"Kita ada dua orang anak, kena jaga perasaan (anak-anak), saya atau Safee buat yang terbaik untuk anak-anak."
Sabarina berkata beliau akan kembali ke Sarawak untuk bersama anak-anaknya yang kini berada di Kuching.
Pada prosiding hari ini, Safee hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari.
Beliau yang berpakaian serba gelap termasuk songkok dan kaca mata hitam bergegas meninggalkan mahkamah sejurus selepas prosiding selesai petang tadi. - BERNAMA
* Sumber mStar Online

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Uji Hussein 2 April 2012 pada 10:27 PTG  

Dah tak de jodoh.nak buat camana?

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP