12 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi ditemui
Tweet
Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas), Marshal Madya Daryatmo, berkata mayat itu belum dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan untuk mengeluarkannya dari tempat nahas.
“Keadaan cuaca buruk dan tempat pendaratan helikopter yang belum boleh digunakan menghalang usaha mengeluarkan mayat dengan lebih cepat,” katanya di Jakarta, hari ini.
Pasukan penyelamat juga berdepan kesulitan dalam operasi mencari dan menyelamat kerana tempat nahas adalah sebuah tebing curam dengan kecerunan 85 darjah manakala kabut tebal pula menghadkan jarak penglihatan.
Pesawat itu, yang membawa 45 penumpang dalam penerbangan demonstrasi berlepas dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, Jakarta pada 2.12 petang Rabu lalu dan dilaporkan hilang sekitar 2.50 petang apabila ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara.
Sejurus sebelum ia hilang dari radar, juruterbang meminta izin dari menara kawalan udara untuk menurunkan pesawat itu daripada ketinggian 10,000 kaki kepada 6,000 kaki, namun belum ada penjelasan mengapa beliau bertindak demikian.
Lapan warga Rusia dari syarikat Sukhoi antara penumpang pesawat itu, selain warga Indonesia termasuk beberapa wartawan.
Sebahagian besar ahli keluarga mangsa yang berkumpul di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma kelihatan sedih dan terharu dengan penemuan mayat berkenaan ketika mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat itu melalui televisyen.
Namun, ada antara mereka masih berharap orang kesayangan yang menjadi penumpang pesawat malang itu dapat ditemui dalam keadaan selamat. - BERNAMA
* Sumber
JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui 12 mayat penumpang pesawat awam buatan Rusia, Sukhoi Superjet 100 yang terhempas di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat.
Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas), Marshal Madya Daryatmo, berkata mayat itu belum dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan untuk mengeluarkannya dari tempat nahas.
Pesawat itu, yang membawa 45 penumpang dalam penerbangan demonstrasi berlepas dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, Jakarta pada 2.12 petang Rabu lalu dan dilaporkan hilang sekitar 2.50 petang apabila ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara.
Sejurus sebelum ia hilang dari radar, juruterbang meminta izin dari menara kawalan udara untuk menurunkan pesawat itu daripada ketinggian 10,000 kaki kepada 6,000 kaki, namun belum ada penjelasan mengapa beliau bertindak demikian.
Lapan warga Rusia dari syarikat Sukhoi antara penumpang pesawat itu, selain warga Indonesia termasuk beberapa wartawan.
Sebahagian besar ahli keluarga mangsa yang berkumpul di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma kelihatan sedih dan terharu dengan penemuan mayat berkenaan ketika mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat itu melalui televisyen.
Namun, ada antara mereka masih berharap orang kesayangan yang menjadi penumpang pesawat malang itu dapat ditemui dalam keadaan selamat. - BERNAMA
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan