GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 5 Mei 2012

Eduardo Saverin turut bantu bekas ratu cantik


KUM
SINGAPURA - Pengasas bersama laman perkongsian sosial Facebook, Eduardo Saverin berpindah dari Amerika Syarikat (AS) dan menetap di sini, lapor akhbar dalam talian Britain, MailOnline kelmarin.
Saverin, 30, terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana memiliki gaya hidup seorang playboy.
Dia gemar berseronok dengan ditemani beberapa model jelita di kelab-kelab eksklusif di sini terutamanya kelab Filter di Hotel Conrad.
Saverin juga melabur dalam syarikat kosmetik yang ditubuhkan oleh penyandang gelaran Ratu Cantik Singapura 2009, Rachel Kum.
Dia turut membimbing Kum menguruskan perniagaannya.
"Saya kagum melihat dia (Kum) berani mengorak langkah untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang diminatinya," kata Saverin pada majlis pelancaran jenama fesyen Kum.
Dia memandu kereta mewah jenis Bentley dan tinggal di kawasan perumahan elit di sini.
Saverin ialah rakan pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg semasa mereka menuntut di Universiti Harvard, AS pada tahun 2004.
Berasal daripada keluarga mewah di Brazil, dia melabur dalam Facebook semasa menuntut bersama Zuckerberg di universiti berkenaan.
Menurut majalah Forbes, pelaburan tersebut mendatangkan pulangan lumayan berjumlah AS$2 bilion (RM6.05 bilion) kepada Saverin.
Dia berpindah ke pulau ini selepas berselisih faham dengan Zuckerberg.
Laman jaringan sosial Facebook yang kini berusia sembilan tahun, memiliki 800 juta ahli dan dianggarkan bernilai AS$79.3 bilion (RM241.3 bilion). - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP