GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 8 Mei 2012

Kanak-kanak terdedah kepada bahan lucah seawal usia 11 tahun


LONDON 7 Mei - Satu kajian mendapati, kanak-kanak mula terdedah dengan pornografi pada usia seawal 11 tahun.


Perkara itu dikenal pasti apabila sesetengah daripada mereka boleh menghabiskan masa selama 10 jam sehari untuk menonton filem berunsur lucah.

Menurut pakar ketagihan dari Australia, Robert Mittiga, penggunaan telefon pintar dan komputer riba yang meluas merupakan satu daripada penyebab kepada ketagihan kanak-kanak terhadap bahan lucah.

"Kecanggihan teknologi masa kini menyebabkan kanak-kanak lebih mudah untuk mengakses media lucah menerusi Internet," katanya.

Kajian tersebut menunjukkan, sebanyak 43 peratus daripada pelanggan pornografi kategori biasa mula didedahkan dengan imej lucah pada usia 11 hingga 13 tahun.

Kata Mittiga, terdapat juga beberapa pengusaha barangan lucah yang menggunakan medium kartun atau karakter buku kanak-kanak bagi menarik minat golongan muda itu.

Pakar ketagihan tersebut juga memberi amaran bahawa kanak-kanak 10 kali ganda lebih mudah untuk ketagih dengan bahan lucah berbanding orang dewasa, sekali gus mendorong kepada perlakuan jenayah.

"Terdapat sesetengah daripada pesakit kanak-kanak saya sanggup mencuri kad kredit ibu bapa mereka untuk melayari laman web lucah dan menggunakan talian telefon perkhidmatan seks demi memuaskan ketagihan," ujarnya.

Penularan laman web lucah yang mudah diakses tanpa melibatkan sebarang sekatan turut menyumbang kepada berlakunya masalah ketagihan pornografi di kalangan kanak-kanak. - AGENSI

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP