GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 8 Mei 2012

Pengumuman PM : ‘Durian runtuh’ luar biasa untuk Peneroka FELDA

PENDUDUK FELDA Jengka 8 menggantung kain rentang ‘Terima Kasih Perdana Menteri Dengan Pemberian Durian Runtuh’ sempena Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri, di FELDA Jengka 8, Jerantut, hari ini.


Peneroka terima pemberian terbesar sejak FELDA ditubuh pada 1956

KUALA LUMPUR: Durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini disifatkan oleh masyarakat FELDA sebagai luar biasa serta pemberian terbesar yang mereka peroleh sejak ditubuhkan pada 1956.


Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar, berkata pengumuman berkenaan sangat bermakna kepada 112,636 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA serta generasi kedua mereka yang selama ini tidak pernah hilang keistimewaan pada mata kerajaan.
“Menerusi siri jelajah kita di lebih 40 tanah rancangan, ramai yang tidak sabar menunggu pengumuman ini dan saya percaya mereka akan berpuas hati kerana inilah pemberian paling besar yang pernah kita dapat, selain bonus tahunan dan duit raya FELDA.

“Masyarakat FELDA menerima perhatian yang amat istimewa, justeru mereka harus bersyukur dan menggunakan imbuhan yang diberi untuk tujuan kebaikan terutama bagi pendidikan anak,” katanya yang juga Pengerusi Bersama Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) kepada Berita Harian, semalam.

Hari ini, Perdana Menteri akan mengumumkan jumlah durian runtuh yang bakal diterima peneroka FELDA berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. Pengumuman itu dibuat beliau pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di FELDA Jengka 8, di Jerantut, Pahang.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peneroka FELDA, Saad Latib, berkata durian runtuh berkenaan adalah tanda penghargaan FELDA kepada masyarakat peneroka yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. 

“Mereka tentunya amat berterima kasih atas pemberian itu kerana tidak dapat dinafikan ia begitu istimewa dan sepanjang 40 tahun bersama FELDA, saya tidak pernah mendapat durian runtuh yang sebegini besar,” katanya.

Presiden Dewan Perniagaan Generasi FELDA, Mohd Rosidi Hassan, berkata pengumuman Perdana Menteri akan memberi nafas baru kepada masyarakat FELDA, termasuk generasi kedua yang selama ini mendapat manfaat.

“Justeru, saya berharap durian runtuh yang diberikan ini bukan hanya dilihat sebagai wang ringgit, tetapi pendorong untuk generasi muda FELDA supaya sentiasa sabar, bersatu dan memberi kepercayaan kepada kerajaan,” katanya.


* Sumber berita harian

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP