GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 5 Mei 2012

Peniaga Tuntut Ambiga Bayar Ganti Rugi Akibat Perhimpunan


( * Video - Salah seorang peniaga berang dengan penyokong Bersih 3.0 )

KUALA LUMPUR: Sekumpulan peniaga di beberapa kawasan perniagaan di ibu negara hari ini menuntut penganjur perhimpunan Datuk S. Ambiga membayar ganti rugi susulan perhimpunan itu Sabtu lepas.
Peniaga tersebut antaranya dari Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Kompleks Pertama dan Kampung Baru menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan sederhana.
Menurut mereka sekiranya setiap tahun ada perhimpunan seperti itu, mereka khuatir perniagaan akan lebih teruk terjejas sehingga terpaksa gulung tikar.
Seorang peniaga air di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Hazmizi Abu Hashim, 50,berkata beliau kecewa dengan sikap penganjur yang tidak memikirkan kesanperhimpunan itu kepada peniaga-peniaga kecil.
"Perniagaan kami ini kalau tak kerja sehari susah nak makan, walaupun perhimpunan itu sehari tetapi pelanggan kadang-kadang takut nak datang untuk hari esoknya," katanya kepada pemberita selepas menyertai sekumpulan peniaga membantah perhimpunan Bersih 3.0 di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.
Katanya kerugian dan kerosakan yang dialaminya, di mana bekas-bekas airnyapecah ditendang oleh peserta perhimpunan, ketika perhimpunan tersebut diadakantahun lepas masih belum mendapat ganti rugi.
Rashid Fazzil, peniaga pakaian dari Kampung Baru berkata hampir 80 peratus peniaga di kawasan itu terpaksa menutup kedai mereka kerana bimbang perhimpunan itu akan bertukar menjadi rusuhan.
"Ambiga harus fikir perkara-perkara ini walaupun ia kecil sebelum bertindakmenganjurkan perhimpunan yang saya lihat akhirnya hura-hara," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah berkata sehingga semalam, beliau menerima anggaran kerugian lebih RM200,000 daripada peniaga.
Katanya jumlah sebenar kerugian akan diketahui selepas seminggu.
Beliau berkata laporan polis akan dibuat selepas semua kerugian itu dikenal pasti.
"Sekiranya tiada tindakan dibuat mengenai tuntutan tersebut, kami (peniaga) akan buat bantahan 'aman' di hadapan rumah Ambiga...tunggulah," katanya.- BERNAMA

* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

SyazwanJaudin 6 Mei 2012 pada 12:35 PG  

Ni la namanya berani mempertahankan hak... Nasib tak kene pukul kan.... hehehe...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP