GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 9 Mei 2012

Tukang Urut Saman John Travolta Kerana Urutan Seks


John Travolta
LOS ANGELES: Bintang filem Hollywood, John Travolta menolok tuduhan yang dianggapnya sebagai “pembohongan tidak berasas” seorang tukang urut yang membuat tuntutan sebanyak AS$2 juta (RM6 juta) di mahkamah atas dakwaan melakukan serangan seksual semasa sesi urutan di sebuah hotel di Beverly Hills, di sini.
Tuntutan yang difailkan itu menuduh Travolta cuba melakukan hubungan seks dengan seorang tukang urut lelaki yang dikatakan telah diupah AS$200 (RM600) untuk urutan selama sejam pada Januari lalu.
Bintang "Saturday Night Fever" dan "Pulp Fiction" itu dikatakan bertemu tukang urut berkenaan yang hanya dikenali sebagai John Doe dalam kenderaan Lexus SUV berwarna hitam pada 16 Januari lalu.
Dalam dokumen tuntutan yang dikemukakan, pelakon berkenaan dikatakan telah mengambil tukang urut tersebut ke sebuah banglo di Berverly Hills Hotel dan telah mendapat perkhidmatan untuk mengurut.
Bagaimanapun Travolta dikatakan telah menawarkan “urutan terbaik” ke atas tukang urut itu selain meraba-rabanya yang bertujuan untuk melakukan onani.
Tukang urut itu bagaimanapun memberitahu aktor berusia 58 tahun berkenaan yang dia tidak melakukan khidmat seks bersama pelanggan sehingga menimbulkan kemarahan Travota yang menuduhnya sebagai "tidak berguna".
“Tuntutan mahkamah ini adalah sebuah cerita rekaan yang lengkap dan sengaja diada-adakan. Tiada apa-apa peristiwa yang telah berlaku seperti yang dikemukakan dalam saman itu.
"Plaintif, yang mengelak untuk mendedahkan identitinya mengetahui bahawa saman itu adalah satu pembohongan yang tidak berasas sedangkan dia dituntut untuk berbuat demikian (mendedahkan nama),” kata jurucakap Travolta dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi majalah People.
Jurucakap itu menambah, Travolta semasa tarikh tuduhan itu tidak berada di California tetapi berada Pantai Timur Amerika Syarikat.
Tambahnya, Travolta berhasrat untuk mendapatkan perintah agar kes tersebut digugurkan dan kemudian mahu mendakwa plaintif dan peguamnya atas tuduhan berniat jahat. - AFP
* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 9 Mei 2012 pada 7:58 PTG  

Jgn mintok urut x pasei yak :0

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP