Video pengumuman PM : Durian runtuh untuk Peneroka FELDA
JERANTUT : Khemah tempat perhimpunan peneroka FELDA di Jengka 8 di sini, semalam, bergemuruh dengan tepukan dan laungan gembira peneroka ketika Datuk Seri Najib Razak mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga.
Ada antara 40,000 peneroka secara spontan menadah tangan berdoa dan menitiskan air mata sejurus Perdana Menteri mengumumkan bayaran masing-masing RM5,000 kepada ketua keluarga, isteri dan generasi kedua mereka.
Ketika mengumumkannya sempena program Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri itu, Najib berkata, kerajaan memperuntukkan dana RM1.689 bilion untuk diagihkan secara tunai kepada 112,635 keluarga peneroka yang akan dibayar dalam tiga fasa.
Pembayaran fasa pertama RM5,000 untuk setiap ketua keluarga akan dilaksanakan tidak lama lagi, diikuti fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka bagi mengiktiraf sumbangan mereka yang dibuat sejurus bayaran fasa pertama selesai.
( Sumber Video & berita -- Berita Harian Online )
1 Merujuk kepada perkara diatas :
goood
Catat Ulasan