GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 10 Jun 2012

Euro 2012 : Itali siap sedia gempur Sepanyol


SKUAD Itali giat berlatih sebagai persiapan terakhir menentang Sepanyol di Stadium PGE Arena tengah malam ini.
KRAKOW, Poland - Tonggak pertahanan Itali, Giorgio Chiellini sedar tugas berat The Azzurri ketika menentang penyandang juara, Sepanyol pada aksi pembukaan Kumpulan C Euro 2012 di Stadium PGE Arena tengah malam ini.
Begitupun, Chiellini tetap menganggap bekas juara dunia itu sebenarnya sudah bersedia untuk berdepan dengan Sepanyol.
"Kami boleh memberi masalah kepada Sepanyol dan saya juga percaya kami mampu memenangi perlawanan itu nanti," kata Chiellini.
Meskipun Sepanyol turun tanpa kelibat dua tonggak - David Villa dan Carles Puyol - Chiellini tidak peduli tentang pandangan orang ramai bahawa skuad La Roja itu tidak lagi sehebat ketika mereka menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Bagi Chiellini, dia tetap menganggap bahawa skuad La Roja itu masih lagi antara pasukan pilihan dalam kempen Euro kali ini.
"Walaupun tanpa beberapa pemain utama, Sepanyol telah buktikan bahawa mereka masih lagi sebuah pasukan yang kuat.
"Dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini, mereka menurunkan beberapa pemain baharu yang mana berjaya membuktikan kualiti masing-masing.
"Mereka sebuah pasukan yang hampir sama seperti skuad yang memenangi Piala Dunia empat tahun lalu," kata Chiellini.
Sebagai rekod, Sepanyol menyingkirkan Itali dalam penentuan sepakan penalti pada aksi suku akhir Euro 2008, namun Chiellini tetap percaya skuad kendalian Cesare Prandelli itu mampu menebus kekalahan tersebut.
"Kami mempunyai motivasi dan kepercayaan yang tinggi untuk memenangi perlawanan ini.
"Kami tidak akan menanti mereka di barisan pertahanan dan hanya melakukan serang balas kerana itu bukan sifat sebenar kami.
"Kami akan cuba menghormati lawan kami dan akan cuba juga mengulangi apa yang kami lakukan dua tahun lepas iaitu mempamerkan prestasi terbaik," katanya. - Agensi
* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

MalaysianCareer 10 Jun 2012 pada 9:53 PTG  

Masing2 mempunyai kelebihan tersendiri.... :)

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP