GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 10 Jun 2012

Lindsay Lohan cedera nahas kereta rempuh treler

LOS ANGELES: Aktres bermasalah Lindsay Lohan dirawat di hospital kelmarin selepas kereta dipandunya merempuh sebuah treler. Lindsay mengalami cedera ringan, manakala kereta Porsche miliknya remuk teruk ( gambar ) di bahagian depan dalam nahas di Lebuh Raya Pacific Coast di barat Los Angeles itu.

Lindsay, 25, menjalani rawatan selama dua jam kerana mengalami luka kecil dan lebam. Seorang pembantu aktres berkenaan turut berada dalam kereta itu ketika nahas berlaku.

“Sebuah Porsche hitam merempuh treler 18 roda di Lebuh Raya Pacific Coast,” kata jurucakap Jabatan Polis Santa Monica, Richard Lewis.

KERETA Lindsay Lohan yang rosak berada di atas sebuah trak tunda selepas berlanggar dengan sebuah lori sampah di California kelmarin.

Bagaimanapun, polis berkata, tiada bukti menunjukkan Lindsay dipengaruhi alkohol atau minuman keras ketika kemalangan berlaku, tidak seperti insiden pada 2007 ketika dia didapati positif memandu di bawah pengaruh alkohol dan kokain. Jurucakap Lindsay berkata, aktres itu dalam perjalanan ke set penggambaran ketika nahas berlaku dan dia dikejarkan ke hospital, tetapi kemudian dibenarkan pulang selepas menerima rawatan selama dua jam. 

“Semuanya baik-baik saja. Selepas rawatan di hospital, Lindsay terus menuju ke lokasi penggambaran “Liz and Dick” kata jurucakapnya, Sophie Goodale kepada media. - AFP

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP