Imej Katy Perry Akan Sentiasa Berubah
Tweet
JIKA selama ini kita membayangkan Katy Perry begitu dekat dengan imej berwarna-warni, namun penyanyi itu tidak akan kekal dengan personaliti itu, sebaliknya dia akan terus membuat transformasi mengikut jangka masa yang diinginkan.
Dan ini terbukti, Katy mengubah gayanya bagi muka depan majalah Italia L'Uomo Vogue yang menunjukkan penampilan yang sangat berbeza daripada biasa.
Katy berkata, mengubah gaya penampilan menunjukkan seseorang penyanyi itu sedang melalui evolusi sesuai dengan peredaran semasa.
"Penyanyi Madonna juga melakukan perkara yang serupa. Dia mengukuhkan karakter diri dalam penyampaian lagu-lagunya, namun gayanya akan terus berevolusi.
"Setiap penampilannya sering menunjukkan visual daripada konsep yang berbeza. Lantas, peminat-peminat juga tidak akan bosan. Saya ingin menjadi sepertinya," katanya kepada L'Uomo Vogue.
Tambah Katy, penerimaan para peminat menerusi album Teenage Dream menunjukkan mereka sanggup menerima apa-apa imej yang ditampilkan Katy mengikut keselesaannya tanpa terlalu mengikut trend fesyen terkini.
"Saya dapati, menjadi diri sendiri membuatkan peminat lebih menghargai kita. Tambah pula selera pemakaian saya berubah mengikut 'mood'," tuturnya.
Menerusi majalah tersebut, Katy menggayakan jaket bersulam dengan perincian manik yang unik. Gayanya persis Madonna dalam klip video Take A Bow pada tahun 1994.
* Sumber mStar Online
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan