GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 7 Jun 2012

Penyakit kelamin makin lali ubat

PBB desak doktor pantau gonorea 

GENEVA: Sejenis penyakit berbahaya yang mempunyai daya tahan terhadap ubat iaitu gonorea menjangkiti berjuta-juta orang setiap tahun menerusi hubungan seks dan tidak lama lagi akan menjadi penyakit yang tidak boleh diubati, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu mendesak kerajaan dan doktor mengambil langkah pemantauan terhadap penyakit kelamin yang mempunyai daya tahan antibiotik. Penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria yang boleh mengakibatkan radang, kemandulan, komplikasi kehamilan dan dalam kes serius membawa kepada kematian semasa bersalin.
Bayi yang lahir daripada ibu yang mempunyai penyakit kelamin terdedah sebanyak 50 peratus jangkitan pada mata yang boleh mengakibatkan buta. 

“Organisma ini secara asas mempunyai ketahanan terhadap setiap ubat yang kita berikan,” kata saintis di jabatan penyakit jangkitan seksual, Dr Manjula Lusti-Narasimhan. 

Ini termasuk satu kumpulan antibiotik yang dikenali sebagai cephalosporins yang ketika ini dianggap rawatan terkini penyakit itu. 

“Dalam tempoh beberapa tahun ini, ia tidak berjaya dirawat dengan semua pilihan rawatan yang kita ada,” katanya kepada AP dalam satu temuramah menjelang pengumuman umum WHO mengenai pelan global menangani penyakit itu. 

Lusti-Narasimhan berkata panduan terbaru mensasarkan mengakhiri keselesaan mengenai penyakit kelamin dan menggalakkan penyelidik untuk menyegerakan carian baru ubat baru. 

Penyakit yang pernah dikenali sebagai musuh anak kapal dan tentera, dikenali dalam bahasa pasar sebagai clap sebelum ini mudah dirawat dengan penemuan pe nisilin. 

Kini, ia menjadi penyakit jangkitan seks kedua paling banyak selepas chlamydia. 

Badan kesihatan dunia menganggarkan 498 juta kes baru penyakit jangkitan seks yang boleh dirawat di seluruh dunia, penyakit kelamin bertanggungjawab terhadap 106 juta jangkitan setiap tahun. - AP


* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP