Tawar khidmat seks: 23 wanita ditahan
Tweet
KUALA LUMPUR — Seramai 23 wanita warga asing ditahan kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran dalam satu serbuan di sebuah bar di Bukit Bintang di sini pada pukul 1.30 pagi tadi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, majoriti terdiri daripada wanita berusia antara 23 dan 36 tahun itu dari negara Asia Tengah.
Siasatan awal polis mendapati kesemua mereka disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran secara sukarela tanpa melalui sindiket dan mengenakan bayaran sehingga RM500 untuk setiap langganan.
"Bagi mereka yang menyamar sebagai pelajar, mereka sanggup mendaftarkan diri dengan kolej swasta tetapi tidak hadir ke kelas,” katanya kepada pemberita di sini.
— BERNAMA
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan