Wanita Dedah Hubungan 'Panas' Dengan Sammy (Kerispatih)
Tweet
JAKARTA: Bekas penyanyi kumpulan Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang disumbat ke dalam penjara di sini kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lalu berhadapan dengan masalah baru apabila dituduh mempermainkan seorang wanita.
Individu yang menggelar namanya sebagai Nata Naritha pada Khamis membuat pengakuan pernah tinggal bersama Sammy tanpa ikatan perkahwinan yang sah selain telah diperdaya oleh penyanyi tersebut yang berjanji mahu mengahwininya.
“Dia ada berjanji untuk menikahi saya nanti tapi itu semua janji-janji kosong,” ujarnya seperti dipetik portal detikhot.com pada Khamis.
Wanita itu menambah selama ini dia sudah terpedaya dengan janji-janji manis Sammy tetapi sayangnya cintanya itu tidak dibalas.
Sementara itu portal tabloidbintang.com pula melaporkan, Nata yang pernah terlibat dalam filem "Pacar Hantu Perawan" itu mengaku mempunyai bukti kukuh mengenai hubungan mereka.
Dalam satu pertemuan dengan para wartawan di Tebet, Jakarta Selatan di sini pada Khamis, wanita itu turut menunjukkan gambar-gambar mesranya bersama Sammy walaupun penyanyi lelaki tersebut menafikan hubungan mereka.
Menurut Nata, gambar yang didedahkan itu hanyalah sebahagian kecil yang ada dalam simpanannya tetapi dia memiliki banyak lagi koleksi gambar panas yang mahu dirahsiakan buat sementara waktu.
“Ada gambar lain yang “terbuka” tapi selepas diberitahu kepada keluarga untuk didedahkan, mereka kata jangan,” ujarnya.
Pada Mei lalu Sammy hadir ke Kuala Lumpur untuk melancarkan album solo pertamanya berjudul Aku Kembali.
* Sumber mStar Online
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan