GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 27 Julai 2012

Kristen Stewart minta maaf kerana menipu kekasih


GAMBAR fail menunjukkan Sanders (kanan) dan Stewart.
LOS ANGELES - Aktres terkenal, Kristen Stewart memohon maaf secara terbuka kepada kekasihnya yang juga aktor filem Twilight, Robert Pattinson selepas beberapa akhbar melaporkan dia mempunyai hubungan sulit dengan pengarah filem Snow White and the Huntsman, Rupert Sanders.
Aktres berusia 22 tahun itu telah bercinta dengan Pattinson, 25, selama beberapa tahun manakala Sanders sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
Stewart membuat permohonan maaf itu menerusi majalah People kelmarin selepas dia menyembunyikan hubungan sulitnya dengan Sanders daripada pengetahuan Pattinson.
"Saya amat kesal kerana melukakan dan perasaan malu yang saya telah lakukan kepada individu yang rapat dengan saya dan setiap orang yang terjejas (ekoran hubungan sulit itu).
"Perbuatan yang tidak bijaksana ini telah membahayakan perkara yang paling penting dalam kehidupan saya, orang yang saya cintai dan paling hormati, Rob (Pattinson).
"Saya menyintainya, saya menyayanginya, saya amat kesal," katanya.
Stewart bercinta dengan Pattinson selepas mereka berkenalan di set penggambaran filem Twilight.
Dalam filem itu mereka melakonkan watak sebagai pasangan kekasih.
Sanders, 41, turut memohon maaf secara terbuka menerusi majalah yang sama.
"Saya berasa amat tidak keruan tentang kesakitan yang saya telah lakukan terhadap keluarga saya.
"Apa yang saya ada di dunia ialah isteri saya yang cantik dan anak-anak saya.
"Saya menyayangi mereka dengan sepenuh hati saya.
"Saya berdoa kami akan melaluinya (skandal) bersama-sama," katanya.
Majalah Us Weekly menyiarkan gambar bagi membuktikan mereka mempunyai hubungan sulit.
Dalam gambar itu, kedua-dua mereka berada dalam keadaan mesra.
Pada bulan lalu, majalah Forbes mengumumkan Stewart merupakan aktres Hollywood yang menerima bayaran paling tinggi.
Para peminat filem Twilight berasa kecewa ekoran pengakuan Stewart itu.
Beberapa peminat membidas Stewart di laman Twitter manakala yang lain memberi sokongan kepada Pattinson.
Namun, skandal itu mungkin akan menjejaskan tayangan siri terakhir Twilight pada November depan dan imej bersih Stewart.
"Perkara yang paling mengejutkan ialah Stewart menipu Pattinson yang merupakan lelaki yang setiap orang di dunia mahukannya," kata editor kanan Us Weekly, Ian Drew. - AGENSI
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP