GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 26 Julai 2012

Lepas geram pada perabot


LONDON: Berang dengan perceraiannya, seorang lelaki membalas dendam ke atas bekas isterinya dengan menjahanamkan perabot mereka dan menuntut separuh daripada barangan itu sebagai haknya.

Kevin Fiore, 56, menyebabkan kerosakan bernilai �5,184 (RM25,492) di rumah yang pernah didiami bersama bekas isterinya, Katrina, di Werrington, Staffordshire.

Fiore berkahwin dengan Katrina, 39, selama tiga tahun selepas bertemu kali pertama 14 tahun lalu.
Selepas berpisah, bapa kepada dua anak itu memotong sofa di rumah itu menjadi dua bahagian dan menulis “Kev’s half” di atas kusyen berkenaan.

Sebuah almari pakaian, meja solek dan dua set laci turut dirosakkan Fiore, selain tangga loteng dan bilik mandi.

Fiore adalah pemilik syarikat pembinaan sebelum diisytihar bankrap.
Dia mengaku salah atas tuduhan merosakkan harta benda Katrina.

Hakim Mark Eades mengarahkan dia diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun. “Ia kejam dan tidak menyenangkan, tetapi kerosakan hanya berlaku ke atas perabot dan nilai kerugian ditentukan mahkamah,” katanya. Dalam perbicaraan, mahkamah diberitahu, Katrina meninggalkan Fiore Mac tahun lalu.

Pada 10 September 2011, Katrina menerima mesej pesanan ringkas menyatakan “Tiada apa yang tinggal, semuanya musnah.” Pendakwa berkata, Katrina pulang dan mendapati sebahagian daripada perabot di rumahnya dirosakkan. Fiore menghantar mesej meminta maaf keesokan harinya.

Selepas ditahan polis, Fiore mendakwa dia “hilang kawalan” dan segala-galanya menjadi serba tidak kena selepas perceraiannya.

Mahkamah diberitahu, Fiore cuba menjual rumah berkenaan tetapi diminta memecahkan sebahagian daripada binaan di situ kerana dibina tanpa kebenaran. - DM

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP