Datuk Lee Chong Wei bakal tamatkan zaman bujang dengan Wong Mew Choo tahun depan
Tweet
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara, Wong Mew Choo, tahun depan.
Pemenang pingat perak Olimpik London itu berkata beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001 ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.
Bagaimanapun, Chong Wei enggan menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan.
"Mungkin saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah berakhir dan mula merancang memandangkan saya bukan lagi muda," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya.
- BERNAMA
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan