Sukan Olimpik Badminton : Datuk Chong Wei Mara Ke Final
Tweet
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei begitu teruja dengan kemenangan beliau selepas menewaskan lawannya dari China, Chen Lon dengan mata 21-13 dan 21-14 dalam perlawanan separuh akhir lelaki di Sukan Olimpik 2012 di London, Jumaat. Kemenangan itu melayakkan beliau mara ke perlawanan akhir. Foto AP
LONDON: Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir badminton di Sukan Olimpik 2012 di sini selepas menewaskan lawannya dari China iaitu Chen Long.
Jaguh badminton negara itu menang kedua-dua perlawanan separuh akhir dengan mata 21-13 dan 21-14.
Beliau bakal berhadapan dengan pemenang perlawanan separuh akhir kedua di antara Lin Dan dan Lee Hyun Il.
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan