Victoria Beckham Sedia tambah anak
Tweet
Victoria Beckham
Victoria Beckham pernah mengeluarkan kenyataan dia enggan menambah bilangan anak selepas melahirkan anak keempatnya, Harper Seven Beckham.
Nampaknya, bekas ahli Spice Girls ini sudah berubah fikiran apabila mengakui sudah bersedia menimang cahaya mata kelima.
“Ya, memang sukar untuk saya menguruskan karier, anak-anak dan suami yang juga sibuk. Tapi, dalam bab menambah anak, saya tidak akan berkata tidak,” kata isteri David Beckham ini.
Selain Harper, pasangan ini turut memiliki tiga orang anak lelaki yang semakin menginjak remaja.
Beckham sebelum ini juga pernah melahirkan hasratnya untuk menambah bilangan anak kerana mahu memiliki keluarga yang besar.
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan