GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 20 September 2012

Aktres Innocense of Muslims saman penerbit, Google

Cindy Lee Garcia

LOS ANGELES - Seorang pelakon wanita yang muncul dalam filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, memfailkan saman ke atas penerbitnya berhubung unsur penipuan dan fitnah, dan pada masa yang sama mahu Google mengeluarkan treler dari pangkalannya.
Tuntutan Cindy Lee Garcia, yang difailkan di Los Angeles semalam, mendakwa dia telah diperdaya oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang dikatakan menerbitkan filem tersebut.

Nakoula telah pun ditahan polis minggu lalu untuk siasatan berhubung isu ini. Sebelum ditahan, Nakoula juga dilaporkan telah menghilangkan diri sejak protes besar-besaran tercetus awal minggu lalu.

Dalam tuntutannya, Garcia mendakwa dia tidak tahu yang kandungan filem itu menjurus ke arah mesej anti-Islam.

Malah katanya, skrip yang diterimanya juga tidak menyebut langsung nama Nabi Muhammad SAW.

Kata Garcia, dia telah memberi respons kepada satu iklan dan berpandangan bahawa dia akan muncul dalam filem zaman silam Mesir, sedangkan jalan ceritanya telah diubah kemudian dan membawa mesej anti-Islam.

"Filem ini sangat teruk dan keji," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam dokumen yang difailkan di mahkamah.

"Kes saman ini bukan satu serangan ke atas perlembagaan (Amerika) atau kebebasan rakyat Amerika untuk mengatakan apa yang mereka fikir, tetapi mahu kandungan yang menyinggung perasaan dikeluarkan dari Internet," katanya.

Peguam-peguam Garcia juga bercadang memohon injunksi ke atas filem itu hari ini.

Pelakon itu berkata dia menerima ancaman bunuh sejak treler itu menarik perhatian jutaan orang sejak awal bulan ini.

Ekoran ancaman itu, katanya, dia tidak dapat melawat cucunya.

Selain itu katanya, filem tersebut telah menjejaskan reputasi dan membawa satu penghinaan ke atas dirinya.

Akhbar Herald Sun  memetik firma guaman yang mewakili Nakoula enggan mengulas perkembangan terbaru ini.

Menurut laporan itu, firma tersebut tidak mewakili Nakoula dalam kes sivil setakat ini.

Nakoula telah disabitkan kesalahan jenayah menipu bank dan kini diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun.

* Sumber SInar Harian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP