GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 12 September 2012

Bolesepak : Malaysia Tumpas 2-0 Menentang Vietnam


Pemain Malaysia, Christie Jayaselan Devasagayam (biru) mengasak pemain Vietnam (merah) pada perlawanan persahabatan Malaysia menentang Vietnam di Stadium Shah Alam disini, Selasa malam. -fotoBERNAMA 
SHAH ALAM: Malaysia tumpas 0-2 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, di sini Selasa malam.
Sebaik perlawanan bermula, pasukan pelawat melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu skuad negara namun berjaya dipatahkan benteng pertahanan yang diketuai Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohamad Azmi Muslim.
Skuad negara yang digelar 'Harimau Malaya' hampir membuka jaringan menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-22 tetapi sepakan lambung beliau hanya sedikit melewati palang gol pasukan pelawat.
Serangan bertali arus yang dilancarkan Vietnam akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang, Le Cong Vinh menjaringkan gol pertama pada minit ke-32 untuk menewaskan penjaga gol negara Mohd Farizal Marlias.
Tersentak dengan gol tersebut, ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagobal membuat dua pertukaran dengan mengeluarkan Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat dan memasukkan Azamuddin Mohd Akil serta Mahalli Jasuli namun masih buntu menembusi gol pasukan Vietnam.
Selepas permainan bersambung, pemain tengah Vietnam Phan Thanh Hung menambah derita skuad negara dengan gol kedua pada minit ke-48 selepas menerima hantaran silang daripada rakan sepasukan.
Rajagobal kemudian memperkuatkan bahagian serangan dengan mengeluarkan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak dan memasukkan penyerang prolifik negara Mohd Safee Mohd Sali pada pertengahan babak kedua.
Namun, jentera serangan negara masih gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan pasukan Vietnam yang dikawal ketat ketua pasukan mereka, Nguyen Minh Duc.
Keputusan tersebut kekal berpihak kepada Vietnam sehingga wisel penamat.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP