GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 15 Ogos 2013

Fida Ibrahim Tetap Sertai Akademi Fantasia 2013 Walaupun Dikritik

Fida mahu menyertai program Akademi Fantasia kerana ingin mempelajari selok-belok dunia muzik.
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida tetap dengan pendiriannya untuk menyertai program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF) walaupun mendapat kritikan ramai.
Fida, 27, berkata, keputusannya itu bukan sekadar suka-suka sebaliknya menganggap ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran bagi membolehkannya mendalami ilmu muzik dan nyanian.
"Walaupun saya sudah mempunyai karier nyanyian tetapi ilmu dalam bidang tersebut masih belum cukup dan penyertaan dalam AF 2013 adalah sebagai proses pembelajaran.
"Kata-kata negatif daripada sesetengah pihak tentang keputusan itu tidak pernah melemahkan semangat saya," katanya kepada mStar Online.
Nama Fida antara yang diumumkan dalam senarai pendek program realiti itu yang bakal bermula pada September depan.
Dalam perkembangan sama, Fida berkata, pandangan skeptikal yang diterimanya juga diambil sebagai menguatkan lagi semangatnya melakukan yang terbaik sekiranya diterima sebagai peserta akhir AF 2013.
Jelasnya, dia tidak perlu berasa malu untuk menyertai program itu walaupun sudah mempunyai nama dalam bidang seni dan yakin peluang tersebut akan memberi kebaikan kepada kerjayanya.
"Saya tidak fikir apa-apa selain ingin melakukan yang terbaik untuk kerjaya saya. Apa juga komen orang saya anggap itu sebagai pemangkin semangat sekiranya terpilih nanti," katanya.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP