GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 15 Ogos 2013

Wanita Islam dilarang siar gambar dalam Facebook

NEW DELHI 13 Ogos - Seorang mufti di India mengisytiharkan bahawa perbuatan memaparkan gambar di Facebook dan media-media sosial yang lain adalah 'melanggar hukum Islam'.

Abul Irfan Naimul Halim Firagni Mahli berkata, umat Islam khususnya wanita Islam harus mengelakkan daripada menyiarkan gambar mereka di dalam talian.

Beliau berkata demikian dalam sesi temubual dengan media Trust of India (PTI), pada Ahad lalu.

Beliau juga menyediakan dua talian bagi membantu menasihati orang ramai berkaitan isu-isu Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam wajar menghindari lama-laman sembang sosial.

''Wanita tidak perlu menyiarkan gambar (mereka) di Facebook atau di mana-mana laman sembang sosial di Internet. Ini adalah bertentangan dengan Islam.

''Wanita tidak dibenarkan memaparkan wajah mereka kepada orang lain, selain daripada kaum kerabat lelaki mereka seperti bapa dan saudara-mara. Menyiarkan gambar-gambar di Facebook adalah 'haram','' tambah Saif Abbas Naqvi, yang turut mengendalikan perkhidmatan khidmat nasihat itu.

''Kami berfahaman liberal, kami tidak berfikiran seperti Taliban, apabila anak-anak muda bertanya kepada kami, sama ada mereka boleh mempunyai profil Facebook atau Twitter, kami membenarkannya, tetapi Syariah (undang-undang Islam) tidak membenarkan wanita Islam untuk menyiarkan gambar-gambar (mereka),'' ujar Saif Abbas.

Bagaimanapun, Abul Irfan Naimul mengakui akaun media sosial yang dibuka atas alasan perniagaan adalah dibenarkan.

''Jika seseorang itu menggunakan Facebook untuk tujuan perniagaan atau untuk tujuan yang membina, maka akaun (tindakan) ini adalah munasabah,'' katanya.

 - AGENSI

1 Merujuk kepada perkara diatas :

SentiasaPanas 15 Ogos 2013 pada 4:06 PTG  

Apa tidak, kejap tayang gambar bertudung likup, kejap gambar nampak ketiak, kejap nampak lurah, kejap kejap nampak paha pulak..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP