GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 14 September 2012

Filem Innocence Of Muslims Cetus Kemarahan umat Islam sedunia


* Gambar sedutan filem tersebut
TRIPOLI, Libya — Sebuah filem ` Innocence of Muslims’ yang diterbit oleh seorang lelaki yahudi yang kini menjadi penduduk Amerika Syarikat, Sam Bacile, telah mencetuskan rusuhan di dunia Arab kerana ia bukan sahaja memburukkan Islam malah menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Ia menjadi kontroversi selepas filem itu dialih suara ke dalam bahasa Arab dan dimuat naik dalam Youtube.
Dia yang kini sedang bersembunyi turut menyifatkan Islam sebagai barah dan menerbitkan filem berkenaan sebagai provokasi politik untuk mengecam agama Islam.
Filem itu dihasilkan dengan kos sebanyak $5 juta dolar dan mendapat pembiayaan 100 peratus Yahudi.
Filem itu diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan trailernya telah dikeluarkan dalam Youtube.
Penghasilan filem itu mendapat sokongan daripada Terry Jones, iaitu seorang paderi yang pernah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia apabila dia bertindak membakar kitab suci al-Quran.
Selain penduduk Gaza, penduduk di Mesir dan Libya turut mengadakan protes terhadap penghinaan ini sementara Afghanistan pula mengarahkan filem itu diharamkan.
Kemarahan mereka tidak dapat dibendung lagi sehinggakan kedutaan Amerika Syarikat diserang, hingga mengakibatkan Duta Amerika Syarikat ke Libya, Chris Stevens, 52 , terbunuh.
Syevens maut selepas kedutaan itu diserang dengan bom tangan dan peluru daripada senapang patah.
Beliau gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaikinya dibedil dengan roket, manakala dua anggota Marin yang cuba menyelamatkannya telah ditembak mati.
Insiden di Libya itu berlaku selepas beribu-ribu penduduk di Mesir mengadakan tunjuk perasaan dengan berkumpul di depan kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah filem berkenaan yang diterbitkan di negara berkenaan.
Bendera negara tersebut turut dikoyak.

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 14 September 2012 pada 10:58 PG  

negara kita mcam mana kt kedutaan Amrica...jom serang

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP