GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 27 September 2012

Guru penjara berasmara dengan banduan


Beverley Van-de-Velde
WARWICKSHIRE - Seorang guru wanita di sebuah penjara di sini digantung perkhidmatan selepas dia didapati merakamkan video seks yang menunjukkannya berasmara dengan seorang pembunuh di dalam penjara Rye Hill, Warwick, lapor sebuah akhbar semalam.
Guru itu, Beverley Van-de-Velde 59, merakamkan aksinya bersama seorang banduan yang juga merupakan seorang pembunuh, Richard Francis, 29, di dalam sebuah bilik kakitangan yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi.
Beberapa pegawai penjara itu menemui rakaman cakera video digital (DVD) itu yang berdurasi 17 minit selain beratus-ratus surat cinta yang ditulis guru wanita berkenaan kepada Francis.
Namun, Van-de-Velde yang menafikan hubungan tersebut telah dipindah dari penjara Hill Rye, Warwick pada 3 November lalu.
Kekasihnya itu merupakan ketua sebuah kumpulan gengster yang dihukum penjara selama 13 tahun kerana membunuh pada 2002 selepas dia menikam seorang musuhnya di dada pada sambutan tahun baru di Croydon, London Barat.
Guru itu mula menyintai Francis semasa dia mengajarnya kursus kajian media dua tahun lalu.
Tugas Van-de-Velde kini digantung oleh pihak penjara dan majikannya, Kolej Manchester City. - Agensi
* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Nizam Awang Brahim 27 September 2012 pada 6:25 PG  

Nok ngat merase jadi banduan gamoknye

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP