GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 15 September 2012

Identiti pengarah filem hina Nabi masih misteri

Pelakon filem ‘Innocence of Muslim’, Cindy Lee Garcia

MISTERI siapakah pengarah filem anti- Islam ‘Innocence of Muslim’ yang mencetuskan rusuhan di sekitar Mesir dan Libya masih menjadi tanda tanya.

Filem yang membuat penggambaran di Amerika itu dan sudah memulakan tayangannya di panggung-panggung berskala kecil di Hollywood pada Jun lalu.

Bagaimanapun selepas trailer filem itu yang berdurasi selama 14 minit dikongsi di laman YouTube menular, seorang Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya telah terbunuh.

Sebelum ini, judul asal bagi filem itu dipercayai ‘The Innocence of Bin Laden’ dan diarah serta skripnya ditulis oleh Sam Bacile, 52, dipercayai seorang ejen hartanah berbangsa Mesir yang menetap di AS.

Dia turut menyatakan telah memperolehi dana sebanyak AS$5 juta (RM15 juta) untuk membikin filem itu daripada 100 orang bangsa Yahudi lain.

Persoalan mula timbul adakah Sam Bacile ini benar-benar wujud?

Konsultan filem terbabit yang juga merupakan orang kuat dalam memberi publisiti untuk filem itu, Steve Klein.

Katanya, dia tidak mengenali identiti sebenar pengarah filem kontroversi itu.

Selain itu, seorang paderi, Terry Jones dari Florida yang juga terlibat dalam aktiviti pembakaran ayat suci al-Quran tahun lalu, mengatakan dia ada berhubung dengan Bacile berkaitan promosi untuk filemnya, tetapi menafikan pernah berjumpa dengan pengarah itu.

Sementara itu, seorang pelakon wanita, Cindy Lee Garcia yang terlibat dalam filem mengenai Nabi Muhammad S.A.W sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia akan mengambil tindakan dengan menyaman pengarah filem itu.

Garcia berkata, skrip filem yang diterimanya berkisarkan Desert Warriors, yang mana memfokus kepada kehidupan manusia 2,000 tahun lalu dan tidak mengetahui filem itu digunakan dengan tujuan untuk menghina agama Islam, sebaliknya dia turut mengutuk hasil filem itu.

Pelakon wanita itu muncul dalam klip trailer filem itu berkata, dia membawa watak wanita yang terpaksa menyerahkan anaknya kepada karakter dinamakan Mr George dalam satu adegan. Watak George digambarkan sebagai seorang pemimpin yang gagah dan juga kejam.

Namun berlainan dalam paparan 13 minit yang ditayangkan di YouTube, karakter George telah ditukar kepada Muhammad.

Garcia berkata, dia berasa takut apabila mendapati kaitan video berkenaan dengan kematian empat rakyat AS selepas serangan yang berlaku di konsulat AS di Libya, Selasa lalu.

* Sumber Sinar harian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP