GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 14 September 2012

Lampu Acara Jatuh, Penyanyi Alyah Masuk Hospital


Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini selepas sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.
PETALING JAYA: Penyanyi Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini selepas sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah.
Sumber yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mStar Online, Alyah mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan untuk membolehkan dia mendapatkan rawatan.
Tetamu berkumpul apabila sebuah ambulan datang untuk membawa penyanyi itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital.
"Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut," ujarnya.
Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit.
Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna.
* Sumer mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP