Obama tidak kecil hati disenda Clint Eastwood
Tweet
WASHINGTON: Presiden Barack Obama menegaskan dia tidak kecil hati dengan sindiran Clint Eastwood ( gambar ) pada Konvensyen Nasional Republikan semalam.
Eastwood, pada konvensyen berkenaan menyoal siasat kerusi kosong yang diibaratkan mewakili Obama. “Satu perkara mengenai menjadi presiden atau bertanding untuk presiden - jika anda mudah kecil hati, anda patut memilih profesion lain,” kata Obama dalam USA Today.
Aktor legenda Hollywood itu mencuri perhatian dalam konsvensyen itu dan mencetuskan kegilaan di Internet yang kini dikenali sebagai ‘Eastwooding’ selepas dia menimbulkan perbincangan panas dan lucu mengenai Obama. Obama yang berkempen di Bolder, Colorado semalam tetap menyifatkan Eastwood aktor yang hebat dan malah, pengarah yang baik dalam wawancara itu.
“Saya masih tetap meminati lakonannya,” kata Presiden Amerika Syarikat itu. - DM
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan