GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 14 September 2012

Suami dedah rakaman penuh CCTV


IPOH - Calven Chik Foo Keong, suami yang didakwa mendera isterinya, Amanda Fong Kim Yen ( gambar ) , 19, hari ini mendedahkan rakaman penuh kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian, pada 23 Ogos lepas.
Calven Chik, 26, berkata rakaman video selama 90 minit itu terpaksa didedahkan bagi membersihkan namanya yang tercemar selepas hanya sebahagian daripada rakaman berkenaan dimuat naik, ke dalam laman Facebook isterinya.
Jelas beliau, isterinya melakukan provokasi terhadapnya dan segala tindakan yang dilakukan beliau ketika itu, adalah untuk mempertahan diri."Beliau (Amanda Fong) yang mula memukul saya dan saya pegang tangannya dan minta beliau bertenang,"katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Calven Chik mendakwa kejadian itu berpunca daripada Amanda Fong yang tidak berpuas hati dengan penjelasannya berhubung perbualan beliau dengan seorang pelanggan butik milik mereka melalui laman sosial. "Saya dikutuk orang ramai dan diancam selepas rakaman CCTV itu tersebar, "katanya sambil menafikan dakwaan beliau memukul isterinya yang hamil dua bulan secara berterusan selama kira-kira satu jam.
Mengakui masih menyayangi isterinya, Calven Chik berharap rumah tangga yang dibina sejak Januari lepas dapat di selamatkan. 
- BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP