Arnold Schwarzenegger Bawa Semula Watak 'Conan' Selepas 28 Tahun
Tweet
LOS ANGELES: Pelakon veteran Hollywwod, Arnold Schwarzenegger dilaporkan bakal menggalas semula watak popularnya dalam Conan The Barbarian menerusi filem terbaru berjudul The Legend of Conan.
Kata aktor berusia 65 tahun itu, dia sentiasa menyukai karakter Conan dan berasa bangga apabila ditawarkan untuk membawa watak itu sekali lagi.
“Saya sudah tidak sabar untuk bekerja dengan studio filem, Universal Pictures dan pasukan yang hebat (penerbit) seperti Fredrik Malmberg dan Chris Morgan untuk proses pra-produksi filem epik itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Deadline.com.
Filem Conan the Barbarian yang diterbitkan pada 1982 melonjakkan karier lakonan bekas gabenor California, Amerika Syarikat ini.
Schwarzenegger ditawarkan menggalas watak yang sama pada filem sekuel berjudul Conan the Destroyer (1984).
“Pada pengakhiran filem kedua, watak Arnold diangkat sebagai pahlawan yang berpengalaman dan disanjungi.
“Filem terbaru ini nanti akan memaparkan kesinambungannya,” kata penerbitnya Fredrik Malmberg.
* Sumber mStar Online
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan