GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 26 Oktober 2012

Artis seni menari tarian kuda


GAMBAR yang dirakamkan kelmarin di sebuah lokasi yang tidak didedahkan menunjukkan (kiri) menari tarian seperti yang dipopularkan Psy.
BEIJING - Seorang artis seni yang kontroversi dari China, Ai Weiwei menari tarian kuda yang dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy dalam satu rakaman video.
Namun, Weiwei melakukan sedikit kelainan apabila dia melakukan aksi menghayun sepasang gari ketika menari.
Video bertajuk Grass Mud Horse Style itu dipercayai dihasilkan Weiwei untuk menyindir undang-undang penapisan internet China.
Video tersebut dimuat naik di laman YouTube dan beberapa laman web di negara berkenaan.
Dalam klip video itu, Weiwei dilihat memakai baju berwarna merah jambu, jaket hitam dan cermin mata hitam untuk meniru Psy.
Weiwei berkata, dia dan beberapa rakannya merakamkan video tersebut dan memuat naik di internet kelmarin.
Artis seni itu juga meniru beberapa aksi Psy seperti gerakan tarian kudanya.
Dia yang lantang mengkritik pemerintah China pernah ditahan secara rahsia selama 81 hari pada tahun lalu sebelum didakwa cuba mengelak daripada membayar cukai.
Muzik video Psy yang berjudul Gangnam Style di YouTube telah ditonton lebih 530 juta kali selepas dimuat naik sejak Julai lalu. - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP