GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 24 Oktober 2012

Pasangan ‘Sexcapade’, Alvin Tan dan Vivian Lee masih hangat lagi diperkatakan


KUALA LUMPUR, (MLP) – Pasangan ‘Sexcapade’, Alvin Tan dan Vivian Lee bukan sahaja memeranjatkan satu negara, namun mereka masih menjadi tumpuan media sehingga kini. Statistik menunjukkan orang ramai tetap tertarik dengan kisah sensasi pasangan ini.

Pasangan ini memperoleh lebih perhatian apabila kisah mereka disiarkan sebanyak dua kali pada hari Selasa dan Jumaat dalam akhbar Singapura, ‘The New Paper’.

Kebanyakan akhbar di Malaysia juga telah siarkan kisah pasangan ini sebagai tajuk utama.

Menurut ‘The Star’, nama ‘Vivian Lee’  dan beberapa perkataan utama menjadi pencarian kedua terpopular di Google Singapura, dengan lebih 10,000 pencarian mengenai beliau pada hari Khamis sahaja.

Sehingga semalam, bahagian “Paling Dibaca” dalam akhbar New Straits Times berkaitan Tan menerima teguran “tegas” daripada ibu Lee yang disiarkan hari Jumaat.

Terdapat juga minat yang mendalam oleh pembaca dengan 194,000 pembacaan untuk tiga cerita mengenai mereka dalam The Star, sehingga hari Khamis.

Kisah yang paling banyak dibaca dengan pembacaan sebanyak 86,649 merupakan kisah utama yang disiarkan The Star Online- “Blog lucah menyebabkan kekecohan”.

Dalam suatu perkhidmatan kaji selidik Google Analytics, ia menunjukkan bahawa kisah ini di tangga utama dengan  86,649 bacaan.

Meskipun begitu, media Singapura telah mengalahkan media Malaysia dengan menonjolkan blog peribadi pasangan ini sehari lebih awal.

* Sumber MLP


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 20 Disember 2012 pada 11:23 PG  

yg menyebabkan isu ini hot ialah karna empunya isu ini post elsewhere so everyone can view. huhu..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP