Penagih dadah wanita beri ganja kepada bayi
Tweet
Wanganui Chronicle melaporkan, polis menahan wanita terbabit dalam pemeriksaan di rumahnya baru-baru ini.
Bagaimanapun, pensyarah undang-undang Universiti Auckland, Warren Brookbanks, berkata wanita terbabit tidak dapat disabitkan kesalahan jika tidak mengaku salah. “Pendakwa perlu membuktikan wanita terbabit menyedari ganja ada dalam sistem badannya dan dia sengaja memberikan bahan itu kepada bayinya,” katanya. - AFP
WELLINGTON: Seorang ibu mengaku memberi ganja kepada bayinya yang berusia tiga bulan melalui susu badan, lapor media semalam.
Ibu berusia 29 tahun itu berasal dari bandar Wanganui dan diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa selama enam bulan.
Wanganui Chronicle melaporkan, polis menahan wanita terbabit dalam pemeriksaan di rumahnya baru-baru ini.
Jurucakap polis berkata, perbuatan wanita itu boleh dianggap mendera bayi.
Bagaimanapun, pensyarah undang-undang Universiti Auckland, Warren Brookbanks, berkata wanita terbabit tidak dapat disabitkan kesalahan jika tidak mengaku salah. “Pendakwa perlu membuktikan wanita terbabit menyedari ganja ada dalam sistem badannya dan dia sengaja memberikan bahan itu kepada bayinya,” katanya. - AFP
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan