GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 5 November 2012

Lelaki ditahan kes hina Sultan Johor


Johor Bahru: Polis menahan seorang lelaki berhubung kes menghina Sultan Johor menerusi satu akaun laman sosial Facebook. 

Suspek berusia 27 tahun ditahan dengan kerjasama polis Kuala Lumpur dan Bukit Aman dalam serbuan di sebuah premis di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu. 

Serbuan di Damansara 



Polis turut merampas sebuah komputer dan peralatannya bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata susulan itu, polis melancarkan satu lagi serbuan di sebuah rumah di Damansara Damai, juga di ibu negara, tetapi tiada sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan. 

“Suspek direman tiga hari hingga esok (Isnin) bagi membantu siasatan. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam. 
Keluar perkataan kesat 

Media sebelum ini melaporkan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Johor dan Pemuda UMNO Bahagian Pulai membuat laporan polis terhadap satu akaun Facebook atas nama ‘Zul Yahya’ yang didakwa menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Pemilik akaun Facebook itu didakwa mengeluarkan perkataan kesat serta menghina Sultan Johor mengenai kedudukan baginda yang mengetuai Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi laman sosial berkenaan, 12 Oktober lalu. 

* Sumber BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP