GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 3 November 2012

Miranda Kerr amalkan jus mengkudu setiap hari


Miranda Kerr

LOS ANGELES - Model terkenal, Miranda Kerr mengakui mempunyai rahsia tersendiri untuk tampil cantik dan bertenaga walaupun sudah memiliki seorang anak.

Model jelita berusia 29 tahun itu, mendedahkan dia sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat termasuk meminum jus mengkudu pada setiap hari.

"Sejak berusia 14 tahun lagi, saya didedahkan dengan minuman jus mengkudu. Jus ini membuatkan saya berasa sihat dan bertenaga.

"Lagipun bahan ini mudah diperoleh dan juga murah,'' ujar isteri kepada Orlando Bloom itu.
Katanya lagi, selain mengamalkan minuman kesihatan, dia turut mengambil minyak kelapa sebagai makanan tambahan untuk kekal cantik dan anggun.

"Biasanya minyak kelapa itu saya masukkan ke dalam masakan, salad ataupun diletakkan di dalam teh hijau ,'' ujarnya lagi sambil memberitahu minyak kelapa sangat bagus untuk menjadikan kulit kelihatan cantik. - AGENSI

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP