Pencuri tertidur di rumah mangsa
Tweet
Beliau berkata, polis yang melakukan pemeriksaan sejurus tiba menemui sebilah pisau daripada badan suspek yang dipercayai bekas komando dan dia didapati positif dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta dadah Berbahaya 1952.
Faisal menunjukkan sofa yang menjadi tempat tidur suspek sebelum dia ditangkap dalam kejadian di Chukai, semalam. - Foto Suhaidi Mohd Amin
Chukai: Seorang pencuri diberkas pemilik kediaman yang dipecah masuk apabila tertidur di sofa selepas kekenyangan menikmati sepinggan nasi berlauk daging.
Pada kejadian jam 8.15 pagi Selasa lalu, suspek dipercayai turut membawa bekal nasi dan lauk ketika memecah masuk kediaman Kamsiah Wan Othman, 59, berikutan penemuan bekas makanan dan pinggan yang bukan milik mangsa.
Anak Kamsiah, Faisal Zainal Nordin, 30, berkata sebelum keluar dari bilik untuk berwuduk kira-kira jam 6 pagi, ibunya menyedari ada tiga beg dan bungkusan di laluan keluar daripada bilik tetapi menyangkakan ia milik anaknya.
Nampak lelaki di sofa
“Selepas selesai menyediakan sarapan dan mahu masuk ke bilik tidur semula, ibu terkejut melihat seorang lelaki sedang tidur di sofa di tingkat dua rumah dan bertanyakan adakah itu rakan saya kerana saya baru tiba di rumah jam 8 pagi.
“Terkejut dengan pertanyaan itu, saya bergegas melihat lelaki itu sebelum mengejutkannya. Bagaimanapun, dia terkejut dan berlaku pergelutan kerana cuba melarikan diri, namun saya berjaya menahannya sebelum adik, Saifullah, 21, menghubungi polis.
“Kami kemudian menemui tiga beg dan bungkusan terletak tidak jauh dari sofa lelaki itu tidur dan menemui 10 jam tangan pelbagai jenama, telefon bimbit, dua cincin suasa dan seunit walkman yang semuanya milik keluarga kami,” katanya.
Pada kejadian jam 8.15 pagi Selasa lalu, suspek dipercayai turut membawa bekal nasi dan lauk ketika memecah masuk kediaman Kamsiah Wan Othman, 59, berikutan penemuan bekas makanan dan pinggan yang bukan milik mangsa.
Nampak lelaki di sofa
“Selepas selesai menyediakan sarapan dan mahu masuk ke bilik tidur semula, ibu terkejut melihat seorang lelaki sedang tidur di sofa di tingkat dua rumah dan bertanyakan adakah itu rakan saya kerana saya baru tiba di rumah jam 8 pagi.
“Terkejut dengan pertanyaan itu, saya bergegas melihat lelaki itu sebelum mengejutkannya. Bagaimanapun, dia terkejut dan berlaku pergelutan kerana cuba melarikan diri, namun saya berjaya menahannya sebelum adik, Saifullah, 21, menghubungi polis.
“Kami kemudian menemui tiga beg dan bungkusan terletak tidak jauh dari sofa lelaki itu tidur dan menemui 10 jam tangan pelbagai jenama, telefon bimbit, dua cincin suasa dan seunit walkman yang semuanya milik keluarga kami,” katanya.
Beliau berkata, polis yang melakukan pemeriksaan sejurus tiba menemui sebilah pisau daripada badan suspek yang dipercayai bekas komando dan dia didapati positif dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta dadah Berbahaya 1952.
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan