GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 5 Disember 2012

Berita Kate Middleton hamil hiasi muka depan akhbar UK


Akhbar Britain menyediakan liputan muka depan berita Catherine hamil. - Foto EPA
LONDON - “A nation’s joy, a husband’s nerves,” kata akhbar Daily Mail Britain membandingkan kegusaran Putera William menanti di sisi isterinya yang hamil dengan kegembiraan yang terhasil daripada berita yang tersebar berhubung kehamilan itu.
Pendedahan tentang kehamilan Duchess of Cambridge, Catherine muncul apabila isteri Putera William  dimasukkan ke hospital di London semalam selepas mengalami alahan.
Akhbar melaporkan pasangan diraja itu telah berharap untuk merahsiakan dahulu berita tentang kehamilan itu sehingga Hari Krismas, apabila sudah mencapai 12 minggu.
Akhbar turut melaporkan, berita kehamilan itu juga belum dimaklumkan kepada kerabat diraja termasuk Ratu Elizabeth II.
Seperti yang dijangka, permainan nama ialah ‘hashtags trending’ terbesar di Twitter dengan #royalbabynames dan #royalbaby.
Antara cadangan nama yang menghiburkan ialah Cheryl dan Jedward, berikutan obsesi terkini dengan program bakat TV.
Twitter juga laman popular untuk para selebriti dan publik figur untuk memberi maklum balas terhadap berita itu.
“Saya gembira dengan berita bahawa Duke dan Duchess of Cambridge bakal mendapat anak. Mereka akan menjadi ibu bapa yang hebat,” kata Perdana Menteri British, David Cameron.
“Tahniah Kate Middleton dan Putera William. Saya bakal memiliki sepupu!” kata pelawak dan pengacara TV Amerika, Ellen DeGeneres.
“Awww sangat comel!! Tahniah!! Tahniah kepada Duke dan Duchess of Cambridge!! Anak diraja!! Awww sangat manis,” kata bintang realiti TV Amerika, Kim Kardashian.
* Sumber sinarharian

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP