GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 14 Disember 2012

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpuas hati corak permainan Harimau Malaya ?


KUALA LUMPUR — Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpuas hati dengan corak permainan skuad Harimau Malaya meskipun tewas 1-3 secara agregat kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Supachalasai, Bangkok, malam tadi.
Beliau berkata kekalahan Harimau Malaya tidak mengecewakannya kerana skuad negara mempamer permainan yang mantap.
"Namun saya kecewa dengan mutu pengadilan, terutama di separuh masa pertama.
Apabila kita (skuad) sudah tinggal 10 orang, pemain berada dalam keadaan yang buntu, tetapi mereka masih bertahan walaupun Thailand lebih mengawal permainan,” katanya kepada pemberita di sini.
Ahmad Shabery ditemui selepas bersama-sama 3,000 penyokong Harimau Malaya menonton perlawanan separuh akhir itu menerusi skrin besar di Laman Pengantin, Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Setiawangsa di sini.
Beliau berkata menang atau kalah adat pertandingan, dan peminat tidak harus kecewa kerana Harimau Malaya masih antara pasukan yang kuat.
Bagaimanapun, beliau berkata skuad Harimau Malaya seharusnya mengambil pendekatan mengubah corak permainan.
"Jangan terlalu bergantung kepada kaedah hantaran jauh kerana kaedah tersebut sukar dijangka.
"Kita patut mencontohi negara seperti Vietnam yang sudah banyak berubah dari segi pendekatan dan mengadaptasi kaedah baru yang mampu memperbaiki mutu permainan mereka,” katanya.
Ahmad Shabery juga berkata apa yang penting ialah penyokong Harimau Malaya harus terus menyokong skuad negara.
— BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP