GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 23 Disember 2012

Luahan Cinta Zain Saidin Kepada Rozita Che Wan Bersifat Peribadi


Zain Saidin
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin menyifatkan luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman Instagram pada Jumaat lalu adalah bersifat peribadi dan enggan mengulas panjang mengenai perkara itu.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, paparan wajah Rozita berserta mesej berunsur cinta yang dimuatkan itu bukannya kerana ingin mencari publisiti kosong atau berkongsi kepada umum sebaliknya ia hanya ditujukan kepada wanita itu sahaja.
"Ia bukanlah bertujuan ingin menunjukkan kepada sesiapa pun, sebaliknya foto dan mesej yang dimuatkan itu berunsur peribadi dan ia adalah mesej dari saya untuk dia (Rozita).
"Selebihnya, saya enggan komen lanjut," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Sabtu, dekat sini.
Baru-baru ini, Zain telah memuatkan foto Rozita dengan selitan mesej romantis Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. menerusi Instagram .
Tidak lama kemudian pelakon drama Kiah Perkasam itu pula membalas mesej yang hampir serupa dengan Zain.
Beritahu Zain lagi, apa yang dilihat menerusi laman sosial itu juga telah menjelaskan semuanya mengenai erti hubungan yang dijalinkan antara dia dengan Rozita.
Sebelum ini, Zain berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktres Rozita atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.
Malah adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu turut mengakui hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP