GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 12 Disember 2012

Miera Leyana Kepuasan Kerana Watak Siti Hasmah


Miera mengakui jatuh cinta dengan pentas teater dan mahu beraksi lagi jika mempunyai peluang.
PETALING JAYA: Aktres Miera Leyana berasa puas apabila berjaya membuktikan kemampuannya apabila berjaya membawa watak tokoh Tun Siti Hasmah Mohd Ali semasa muda pada pementasan semula Tribute Teater Tun Siti Hasmah.
Miera, 19, berkata, pada mulanya dia ragu-ragu untuk menggantikan Lisa Surihani pada di saat-saat akhir namun menyedari ia adalah perkara terbaik untuk kerjayanya.
"Bayangkan saya cuma ada lebih kurang sembilan jam sahaja untuk menghafal skrip, tarian, pergerakan di atas pentas dan sebagainya tambahan pula pada hari pementasan saya kurang sihat.
"Namun saya tidak mahu jadi seorang yang pengecut dan tetap meneruskan cabaran yang diberikan kepada saya oleh kak Erma (Erma Fatima) dan melunaskan kepercayaan beliau kepada saya.
"Malah saya kak Erma berasa bangga dengan persembahan kali pertama saya itu," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Teater berkenaan pada mulanya diadakan dari 9 hingga 19 November lepas tetapi dilanjutkan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 pada 27 November hingga 1 Disember lalu.
Miera Leyana menggantikan pelakon asalnya Lisa Surihani kerana aktres itu terikat dengan jadual penggambaran lain
Dalam pada itu, Miera berkata, dia juga terharu apabila banyak pihak yang memuji lakonannya sebagai Siti Hasmah walaupun itu adalah kali pertama dia berbuat demikian.
Ujarnya, kata-kata positif yang diberikan telah membuatkannya semakin berkeyakinan dan bersemangat untuk terus menyemarakkan pentas teater selepas ini.
"Saya memang meminati dunia lakonan dan percubaan kali pertama di pentas teater telah membuka lagi ruang untuk saya mengembangkan bakat yang ada.
"Sudah pasti teater tersebut bukan yang terakhir buat saya dan sekiranya ada peluang saya akan cuba lagi," jelasnya.
Sementara itu, Miera kini sedang sibuk dengan beberapa tawaran lakonan dan berharap tahun 2013 akan memberikan sinar baru dalam kerjaya sebagai seorang pelakon.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP