“Seorang pegawai syarikat berkenaan memberitahu saya bayaran tinggi dikenakan ke atas panggilan antarabangsa yang saya buat selain caj tambahan kerana melayari internet,” katanya.

Matar berkata syarikat talian telefon bimbit itu sudah menamatkan perkhidmatan talian telefonnya.

“Saya membayar bil secara tetap dan jumlah bil yang paling banyak pernah saya terima ialah SR3,000 (RM2,447). Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya. - Agensi