GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 11 Januari 2013

7 Pantai paling Seksi diDunia


Desir ombak, pemandangan laut biru ditemani semilir angin pantai menjadi faktor seksinya sebuah pantai. Belum lagi langit biru yang menjadi atap. Inilah 7 pantai paling seksi di dunia.

Ada banyak faktor yang membuat sebuah pantai dikatakan seksi, boleh dari pemandangan hingga kemudahan yang tersedia di sana. Dilongok dari Readers Digest, Jumaat (10/1/2012) inilah 7 pantai paling seksi di dunia:

1. Pantai Saline, Kepulauan Caribbean

Pantai seksi pertama di dunia adalah Pantai Saline di Kepulauan Caribbean. Lokasinya terpencil dengan jalan setapak yang belum banyak dijamah orang. Setiap pelancong yang datang akan disambut dengan air laut bergradasi hijau biru dan pasir putih. Nikmati percutian di tengah alam yang tenang.

2. Snapper Rocks, Gold Coast, Australia

Pantai lain yang tak kalah seksi dari Pantai Saline ada di Gold Coast, Australia. Datang ke sini, anda tidak hanya mencari pantai dengan cahaya matahari yang eksotik dan ombak tinggi, tetapi juga pelancong yang wara-wiri. Ya, Snapper Rocks adalah salah satu kawasan yang ramai dikunjungi pelancong. Anda boleh melihat banyak wanita cantik berbikini dan surfer dengan kulit eksotik.

3. Copacabana, Rio De Janeiro, Brazil

Copacabana di Brazil adalah salah satu tempat yang membolehkan setiap turisnya mengenakan pakaian minim. Bahkan, tak sedikit yang memakai bikini. Dengan asyiknya para pelancong berehat dan berenang di pantai ini. Yang membuat pelancong betah berlama-lama di sana adalah cahaya matahari yang menerangi laut.

4. Lover s Beach, Cabo San Lucas, Mexico

Pantai keempat yang masuk dalam deretan pantai seksi menurut Readers Digest adalah Lover s Beach di Cabo San Lucas, Mexico. Biasanya, pantai ini menjadi tujuan para pasangan yang ingin memadu kasih. Tak heran kalau pantai ini disebut Lover s Beach, atau pantainya para kekasih.

Ada satu hal yang membuat pantai ini menjadi idola para pasangan, iaitu pemandangan. Pemandangan yang tersaji di Lover s Beach begitu cantik. Belum lagi air laut yang tenang dan hangat, serta suasana pantai yang sepi. Pas untuk setiap traveler yang ingin bulan madu.
5. Pantai Palmizana, Hvar, Croatia

Pantai Palmizana di Hvar, Croatia dikenali sebagai salah satu destinasi kegemaran para selebriti. Tercatat Jay-Z, Beyonce, dan Giorgio Armani pernah datang ke pantai ini untuk berpesta. Bukan cuma selebriti, Palmizana juga menjadi tujuan utama para orang kaya di seluruh dunia untuk berpesta.

Penasaran apa yang membuat Palmizana menarik? Pantai ini mempunyai air laut yang jernih, bahkan dasar laut mudah dilihat tanpa perlu repot-repot menyelam. Satu hal yang paling menggoda, sisi selatan pantai dianugerahi limpahan cahaya matahari. Sesuai untuk anda yang ingin mencokelatkan kulit.

6. Paradise Beach, Pulau Mykonos, Greece

Ini dia pantai seksi lain yang sesuai untuk berpesta, iaitu Paradise Beach di Pulau Mykonos, Greece. Pantai ini mempunyai pasir coklat dengan gulungan ombak yang kecil. Pelancong pun boleh dengan bebas bermain di tepian pantai dan membuat istana pasir. Puas bermain, jangan lewatkan suguhan yang paling utama di pantai ini, iaitu pesta. Ada banyak cafe yang menggelar pesta setiap malamnya, dengan hingar bingar muzik.

7. Pantai Las Salinas, Ibiza, Sepanyol

Pantai terkini yang juga disebut seksi adalah Pantai Las Salinas di Ibiza, Sepanyol. Las Salinas mempunyai garis pantai yang panjang. Ada banyak pelancong yang bersantai-santai di tepiannya. Tak ketinggalan bar dan restoran yang rutin menggelar pesta untuk para penggila pesta. Boleh dibilang, inilah pantai berkumpulnya orang-orang glamor di dunia.

* Sumber detik.com / olahan noname


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP